Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan nikmat dan rahmat sehingga memungkinkan saya menyediakan ruangan ini untuk saya berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menjalani kehidupan sebagai seorang ibu muda (muda lgi ke?) demi mendidik anak yang diamanahkan kepada saya...Dengan rendah hati saya mengemukakan blog ini sebagai satu wadah untuk kita sama-sama berkongsi ilmu dalam medan perjuangan kita semua mendidik anak-anak menghadapi dunia yang semakin mencabar ini. Kepesatan
teknologi maklumat, kebanjiran peralatan multimedia yang semakin
canggih menjadikan tugas untuk kita semua mendidik anak-anak semakin
mencabar. Saya percaya bahawa sebagai ibu bapa kita semua sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk masa depan anak-anak yang menjadi penyeri dalam hidup kita semua.. Justeru, sebagai seorang insan yang masih baru bergelar ibu, saya merasakan pendidikan keibubapaan itu amat penting dalam hidup saya. Kata orang bukan senang hendak mendidik anak-anak tetapi saya percaya sebagai ibu bapa kita perlu berusaha segigihnya untuk mencapai yang terbaik. Namun kita tidak boleh mengharapkan kesempurnaan kerana semuanya kembali kepada kebijaksanaan Allah SWT jua. Mudah-mudahan blog ini sedikit sebanyak akan memberi ruang dan peluang kepada kita untuk sama-sama berkongsi ilmu dalam mendidik anak-anak menurut acuan Islam yang sebaik-baiknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment