Thursday 20 June 2013

Air selusuh


Sekadar perkongsian biasa sahaja, tips mudah bersalin..mungkin ramai yang dah tahu tentang doa ini tapi saya cuma nak kongsi pengalaman saya sahaja. Air selusuh ni suami yang buatkan selepas solat hajat, saya mula minum seminggu sebelum tarikh bersalin. ada yang pakai minyak tapi saya tak sanggup nak minum minyak jadi saya guna air zam zam..Alhamdulillah dengan izin Allah SWT dan berkat doa suami tercinta, proses bersalin dipermudahkan..jadi saya syorkan untuk kawan-kawan yang akan bergelar ibu cuba..


DOA YANG DIBACA
1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Al-Hasyr : 21-24

4. Doa Selusuh



Terjemahan : “Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya”.

5. Doa Pemudah


“Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin”.

BAHAN-BAHAN

1. Air (jika air zam-zam lagi baik)


KAEDAH PENGUBATAN
Dibacakan semua rangkaian doa di atas ke atas air. Hendaklah diberi minum air kepada isteri seeloknya seminggu sebelum dijangkakan bersalin. Boleh disapu ke atas perut selepas waktu asar sambil berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan kelahiran si anak.