Tuesday 15 January 2013

SEDARKAH KITA.....

Orang yang hatinya sentiasa dekat dengan ALLAH SWT, tidak akan pernah melakukan perkara yang sia-sia..disebalik setiap perbuatan ada ilmunya, dalam ilmu terselindung niatnya dan bersama niat terkandung pahala...dalam kesibukan kita menguruskan hal dunia pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, "apakah yang sedang aku lakukan ini? apa niat dan matlamat aku?..terkadang tanpa kita sedari apa yang kita lakukan hanya bersifat keduniaan bukannya untuk DIA YANG MAHA KUASA.....Jika dilihat pada kisah hidup para ulama yang tidak suka melakukan sesuatu perkara tanpa tujuan atau hanya atas dasar kebetulan..seringkali aktiviti atau perkara yang hendak dilaksanakan akan didahului dengan niat semata-mata untuk meraih redha ALLAH SWT...niat bukan hanya untuk beribadah, solat atau puasa bahkan makan, minum atau tidur....misalnya apabila makan, kebiasaannya kita akan makan untuk menghilangkan rasa lapar atau memuaskan nafsu makan...tetapi para ulama makan dengan niat agar mereka lebih kuat beribadah kepada ALLAH dengan asbab badan lebih bertenaga selepas makan..maka dengan niat seperti ini, makan pun akan membuahkan pahala...sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "sesungguhnya amalan itu ditentukan oleh niatnya. Dan seseorang itu hanya mendapat (balasan) dari apa yang dia niatkan." (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Mari kita praktikkan bersama..hadirkan niat sebelum melakukan sesuatu untuk membentuk jiwa dan perasaan yang luar biasa apabila perkara itu dilaksanakan..bahkan jika niat baik sentiasa dibiasakan, maka akan lahirlah sifat terpuji dalam hati kita..sepertimana ucapan Sheikh Abdul Wahab al-Sha'rani, "sesiapa yang terbiasa menghadirkan hatinya kerana ALLAH ketika makan dan minum, ALLAH akan memberinya sifat qanaah dan zuhud. ALLAH juga akan menjaganya daripada kejahatan nafsunya." (Al-Minan al-Kubra)

INGAT PEMBERI NIKMAT BUKAN NIKMATNYA...

Orang yang bersyukur sentiasa malu untuk 'dimiliki selain ALLAH SWT..apabila manusia tidak merasakan memiliki dan dimiliki, hatinya subur dengan syukur..itulah kemuncak ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup..